Monday 4 July 2011

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta,dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta.Tetapi,cinta itu adalah cinta. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana,cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Tuesday 28 June 2011

api membakar hatyku lagi

nasib malang menimpa diriku lagi... 
sekali lagi aku ditinggalkan dalam kebahgiaan...
aku merasai kekecewaan lagi...
kecewe lg... 
knapew pompuan JHT???
jnji bribu tp mudah jew nk pts... :'( 
pts x smpai sari dh ad penganti...
pompuan jht kew aku yg bodoh pilih dye???
aku syg dye... 
aku syg sngt dye...
knapew dye uat aku gni???
teruk sngt kew aku???
ape kekurangan aku???
aku sdh sngt3... 
*30 apr 2011* aku mula kapel...
*25 jun 2011* aku n dye pts scare rasmi... 

Friday 13 May 2011

gurindam untuk guru...

berilah salam bertemu guru...
tak kira tempat dan waktu...

hormati guru setiap masa...
tanda murid berbudi bahasa...

guru insan bijak bestari...
sanggup berkorban ikhlas berbakti...

guru mengajar pagi petang...
ingin murid jadi cemerlang...

jangan suka melawan guru...
besar nanti menjadi dungu...

dengar semua nasihat guru...
baru boleh jadi maju...

guru baik tetap disanjung...
tak kira asal sabah atau semenanjung...

baca sajak penuh terharu...
murid bijak kerana guru...

jasa guru sangat besar...
apabila berjauhan tnyalah khabar...

guru cemerlang jiwa perkasa...
memberi bakti tak kira masa...

hari guru hari bersejarah...
khidmat guru diberi anugerah...

terima kasih guru berbudi...
jasamu kami ingat sampai mati...

terima kasih semua guru...
bakti murnimu dikenang selalu...
Hidup ni  memang susah… tapi  kadang –kadang  kita kena sabar ….  Memang tiap  kali kita kita di uji , kita akan rasa sukar .. tapi   kita kena percaya  bahawa apa  kesukaran yang kita lalui …  insyallah…  syuga balasanya .
Kadang  Allah   turunkan hujan…
Allah  hilangkan mentari…
Puas kita menangis… cari mana mentari kita ….
Rupa- rupanya… Allah nak hadiahkan kita pelangi yang lebih  indah….
Dari mentari
“Send measseg”…klak..…. Entahlah… rasa janggal pulak  ngan  si  Syira ni…  napew pulak tiba – tiba luahkan masalah  dia pada aku…  tapi  … ni cara nak tarik  perhatian dia  supaya kembali pada keindahan  agama  islam. Syira ,  pelajar  lulusan  dari Universiti  Monage  …  Australia… dia anak campuran anak Belanda iaitu ibu saudaraku Anne Aisyah bt  Abdullah  dan melayu – arab bapa saudarku Yusuf Ismail Bin Mohammad Qudus  , memang harus  di akui dia memang cantik … tak dapat di  nafikan  .  Dengan  rambutnya perang  pudar, dan matanya yang bundar..  dan   iris berwarna  coklat muda… di tambah … dengan  cara dia yang pandai bergaya  , memang menjadi kegilaan  ramai lelaki…
Syazril … menyatakan kehairanan pada aku, macam mana aku  Fikri Arsyad  , seorang yang  memang  pemalu dengan perempuan , boleh berkawan dengan Syira .Aku menjelaskkan bahawa  kami pernah  membesar bersama,  dia dan abang nya , Irmazuan Hafiz   adalah  sepupu aku  .Apa yang berlaku ialah  bila aku umur 10 tahun , aku berpindah ke Jordan membuatkan kami  terasing  ... tapi masih  aku ingat  merekalah teman sepermainan aku sewaktu  kecil.   Aku , lulusan  Universiti Al- Mansurah... di Mesir  Pengajian Usuludin dan  Dakwah… yang kini mengajar di Maahad  Tahfiz Wa Tarbiaah Al Addiniah.. di Kuala Lumpur  . Terdetik di hati aku , adakah hanya kerana  dia sepupu aku , aku sanggup  menjadi kawannya. Ini kerana aku tak akan berhubung dengan perempuan Ajnabi ku, kecuali urgent dan important .  Di tambah   aku agak pemalu dengan perempuan  dan ramai kawan – kawan  persejuangan ku di arena dakwah dan nasyid adalah lelaki. tapi…  niat ku tiada  lain , Cuma untuk bawa  Syira  kembali pada  cinta hakiki yang abadi …. tetap  ku jaga batas – batas syariat . Aku memahami,  aku hamba mencari   cinta rabb agung ku.  Aku pastikkan  tiada lansung, perbuatan , perkataan yang  berunsurkan nafsu  antara aku dan syira .  Aku sentiasa ingatkan diri akan azab Allah.
Tut… tut… hati hiba mengenangkan.. tut.. tut dosa – dosa yang aku lakukkan … tut  lagu Taubat Seorang Hamba   nyanyian Insyadee dan Hafiz Hamidon  berbunyi dari hanset ku  Aku memang suka lagu ini . Buat aku kembali menginsafi diri yang  bergelumbang  dengan  dosa . mengakui diriku hanya hamba yang hina .  Lagu itu aku jadikkan nada di  telephone .   “ Assaalamualikum  akh… kata nak jumpa, bila?   oh ya, aku hampir lupa aku  dah janji ngan  Asrar , nak jumpa dia untuk bincang konsert  yang  akan datang.
…….
Assaalamualikum.. .. antum semua apa khabar?  Sapaan ..  aku  pada petang tu di  café smile ,   ahli  kumpulan as – syarif . sapaan ku di jawab oleh , Asrar ,  Syazril , Iswan, dan  Rizal ..

 tak lama seketika ..  

Hei ,. Anta ni makin berseri , ke nak naik pelamin  ? Tanya Asrar
Pertanyaan  Asrar  membuatkan aku yang sedang  minum Air  Nescafe   kesukaan ku ,  hampir tesembur keluar dari mulutku. Napew pulak tanya macam ni? Macam sindir aku  jew ?  sementanlah  dalam kumpulan ni ,  aku saja yang belum nikah .
Ku pandang tepat di wajahnya…. Lalu menjawab .. kalau ada rezeki …dapat akhwat yang ghairah cintanya terhadap Allah , sanggup  berjuang arena dakwah  bersama ana,
solehah, akhlaknya  bagus,  ana tidak akan tolak . Nikah itukan  sunah nabi. Dan sempurnakan  separuh iman …  belum  sempat Asrar  membalas hujah ku ,  tiba- tiba  ada  seorang gadis berpurdah dan  berselendang labuh   hijau lumut berjubah putih bersih  menumpah kan  kuihnya , diatas kaki ku. Dia  rebah…astagfirullah  hal azim… rabb, ampuni hamba mu ini. Aku  terkejut .  Tersedar , cepat – cepat  aku menunuduk kan pandangan  mata ku.  Seboleh mungkin  aku meneduh kan pandangan  aku.
 Aku lebih  rela mata ku buta , dari menguna kan nikmat  yang Allah  beri untuk   melihat sesuatu  yang haram buatku.  Gadis itu   menunduk  mengutip makanan itu . Aku ingin menolong , tapi  aku  hanya tercegat. Aku tersedar , syariat membataskan . Lantas jauh dalam hati aku   , aku berdoa…  ya rabb, pelihara hatiku .  dan tundukkanlah nafsu ku.  Aku  menakup tangan ku di  dada ku.  dan berkata “ asif , ana  asif jiddan . Maafkan ana .”   mungkin oleh kerana aku ni lama arab , perlakuanku  amat terpengaruh oleh budaya arab .  .Gadis   itu  membalasnya dengan  membuat perkara yang sama.  Dan berkata   “  actually  that’s is my fault 
 Aku terkesima .. aku merasakkan hati ku berdesir . Satu perasaan yang sangat  aneh . aku merasakkan sudah lama kenal dengan perempuan  ni. Tapi kenapa?
Wallah hua’alam . aku tak mendapatkan jawapan . Tapi … aku merasakkan begitu aneh . aku  tak tahu siapa dia . Biarlah jangan dilayan nafsu. Jangan layan perasaan . Jangan di dengar bisikan Syaitan  . Aku  tak  mahu  teruskan perasaan ini .Biarlah cinta  aku bersubur  hanya untuk Allah.  Rindu bersemi  hanya untuk Habibullah . Ingatan yang tersemat biarlah hanya untuk ummi sama abiku.  Doa  ku  sentiasa mengiringi  mereka. Moga roh mereka di cucuri rahmat .

    Pada mu ayah bonda …
    Permata hati bersinar ..
    Doa yang ku damba  untukmu
    Tanda cinta ku …
    Tanda kasih ku …
                             Lihatlah diri ku ini ….
    Hasil titik peluh mu mendidik…
    Hingga ku genggam bintang  di langit …
    Indah terang bercahaya …
    Anak soleh idaman insan bertakwa …
    Kan terkota akhirnya ….
   


Aku masih ingat , ummi sama  abi tabah dalam  membesarkan aku  ,Amjad   Ijmail , Insyurah balqis , dan  Aisya  Zahra .  Melayani kami dengan penuh kesabaran.  Sentiasa menegur dengan berhikmah . Bagi aku kasih sayang mereka ibarat air sungai   yang sejuk mengalir  di  taman jannah . Menyejuk kan dan menyamankan hati yang resah dan  gelisah . Kasih sayang mereka ibarat  cahaya  menyuluh jalan kehidupan ini. Tanpa mereka  gelap hidupku. Mereka  bulan dan bintang dalam hidupku. Mereka mengajarkkan  aku mengenali Allah dan rasul . Mengajarku  aku kalamullah   dari huruf ‘alif,’ hingga huruf  ‘ya’. Dari mengenal huruf   hingga  boleh membaca dengan lancar .  Dan selepas itu menghafal   kitab suci itu . mereka mengajar  aku tentang  mahhabahtullah , Allah itu esa, merekalah  segala – galanya buat ku, mereka nafasku , nadi ku dan kerana merekalah aku bergelar insan yang tahu akan cinta ilahi dan menjadikkan hati tulus mencari redha ilahi  dan ikhlas mencari dan mengharapkan cinta dan keredaan rabbul izzati … . cinta mereka sentiasa  bersubur di hati aku.


****
 “Sabda Nabi Muhammad S.A.W. Barang siapa yang berwuduk dengan baik , kemudian mengucapkkan dua kalimah Syahadah (asyhadu an laa ilaha illallah , wa ashadu anna Muhammaddan abduhu warasul luh – aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku ber saksi  bahawa Muhammad itu hamba dan utusanNya  )maka akan di buka kan lapan pintu Syuga untuknya dan dia boleh masuk yang mana satu  dia suka . Hadis ini di riwayat oleh Imam Muslim. Jadi kan ia sebagai satu semangat bagi kita untuk men cari Syurga Allah ”
Tengah aku  memberi  ceramah magrib  di Masjid ar – rahman milik  maahad  .  
Hari itu  tiba – tiba  datang   ustaz Aiman datang berbisik ke cuping telinga ku . Meminta aku menjawab  telefon  dengan segera . Kecemasan katanya.  Kecemasan ?  apa yang berlaku kiranya? Ya  allah … janganlah kau beri aku  sesuatu yang tak mampu aku tanggung . Robbi .. tolong tenang kan hati ku .Jangan beri aku lebih dari kudratku.

Terpapar di hanset  N77 milikku  “call”  dari Irmazuan Hafiz . “ Assalamualaikum . Ir ada apa akh? Ana  tengah   dalam  halaqah ni  di maahad .

Aku   dengar  desir nafas  yang tak teratur .Seakan –akan  ada yang tak kena. Aku boleh rasa .Relung hati Ir tidak tenang dan seakan – akan  ada perkara yang  membeban kan .“anta ..” kedengaran lirih suara nya sebak  dan  dan menahan tangisan . Ya Allah… apa  yang engkau telah takdirkan? “ Syira … kemalangan .  Tolong datang ke sini. ..  ana kat Hospital  Selayang.  Ya Allah  …  Syira .. lemah  aku mendengar nya . Ibarat guntur menyambar  cuping telingaku .  Ibarat dunia ini bisu  sesaat . Nafas  tersekat buat seketika .  Relung hatiku  pilu . “anta ?  “ Kedengaran  suara   Ir dari  kejauhan .
“Baiklah  ana ke sana sekarang . “ cepat – cepat aku beritahu  kepada Ustaz   Ibrahim   bahawa aku tak  boleh lagi  meneruskan   majlis halaqah  . “Insyallah kalau memang ada rezeki . di panjang kan umur . Tiada aral melintang , dengan rahmat ilahi  , kita akan berjumpa lagi . Assalamualaikum . Kata  ku mengakhiri ayat .Setelah  bersalam dengan Ustaz  Ibrahim dan Ustaz  Ismail . Selaku  imam dan bilal di Masjid  Ar – rahman pada malam itu  .  Ku  menpercepatkan langkah ku  menuju ke kereta Proton Exzora  kereta  yang menjadi  milik sejak   1 tahun lalu .  Dalam perjalanan aku menuju ke hospital . Aku berdoa   kepada kekasih ku . pemilik diri ini ,  dan  pencipta  seluruh alam   ini , selamatkan syira ,.  Masih ku ingat .. aku  ., Wardah  Nasyirah , dan  tiga adik beradik nya  membesar di rumah ku .   Suratan takdir telah menetapkan  bahawa    umi  dan abinya  pergi meniggalkan mereka ketika mereka masih kecil  . Dalam sebuah kemalangan , hanya mereka bertiga terselamat . Mereka di takdirkan jadi yatim piatu dalam usia sangat muda. Tragedi  itu membuatkan mereka hilang  segala – galanya. Ketika itu Ir  baru berumur  6 tahun sama dengan umur Nabi Muhammad  s.a.w kehilangan ibu dan bapanya   .   Umur  syira dan syila  pula baru 2 tahun  . . Tak tahu apa erti  kehilangan dan kematian . Aku masih ingat  Ir pernah menceritakkan pada aku bahawa   dia masih ingat datuk dan nenek  memujuk nya  ketika dia bertanya kemana  abi dan ummi nya . Dia   meradang dan  tak boleh terima pemergian  ummi dan abinya. Nenek dan atuk memujuknya  dengan  menceritakkan  zaman kanak – kanak Nabi Muhammad s.a.w .  Mendengar cerita Nabi Muhammad s.a.w  membuatkkan  Ir   semakin ceria dan jadi makin terima takdir bahawa dia di takdirkan anak yatim ,  Pada  setahun jagung  dan  masih muda.  Nenek dan datuk selalu berpesan pada  Ir agar  menjadi tabah , sebagai mana  tabahnya Nabi Muhammad s.a.w . Atuk dan  nenek mengajarkan dia  bersyukur kerana sempat  menatap wajah abi nya tetapi Nabi Muhammad  tak berkesempatan melihat wajah abi nya  kerana ayah  nabi  meninggal sewaktu baginda dalam  kandungan ibunya .  Seharusnya dia  bersyukur  dia sempat bersama abinya   , walaupun hanya  6 tahun .  Begitulah nenek dan datuk  begitu menerapkan  unsur keislaman pada Ir dan cucunya yang  lain . Tapi itu  dulu, kini  nenek  dan datuk  telah   di jemput ilahi . Datuk  telah meniggal kerana sakit jantung dan nenek  di jemput  Allah  setelah 6 bulan selepas itu . Aku mempercepatkkan langkah ku .   Dalam  hati ku tak putus – putus berdoa agar Syira terselamat . Aku mengharapkan yang terbaik untuk dia . Tuhan tolong lah Syira  , sesungguhnya engkau yang menetukkan nasib manusia . Engkau yang berkuasa menakdirkkan segala – galanya . Sesengguhnya engkaulah yang  maha mengusai  langit dan bumi . Engkau maha berkuasa menetukkan segala- galanya .  Jika engkau berkehendak  maka tiada kesulitan buat mu . Kun  faya kun . Jadilah  maka terjadilah apa yang kau kehendak .

Setelah sampai di hospital  , aku bertanyakan  jururawat  . Akhirnya sampailah aku  di tingkat 8 . Dari kejauhan , aku melihat Ir termenung sendirian . Aku  tahu hatinya sendu dan lohong nafas nya sesak , hatinya  kali  senak memikirkan   keadaan   Syira. Aku tahu ….. naluri seorang abang tak akan  mana tak  sakit bila melihat  adik nya dalam keadaan ini. Aku  sebagai seoarang sepupu , teman   satu perjuangan dalam arena dakwah,  dan   sebagai seoarang  yang telah lama mengenali  dia. Aku sangat  memahami dia .Dia sangat
Sayangkan  Syira , malah sanggup bergadai nyawa.Itulah perasaan seorang abang .

Perlahan aku mendekatinya . Dengan perlahan aku  memberi salam …dia  menjawab  salam ku dengan lembut dan lemah sekali . Aku  tatap  wajahnya  buat  sesaat  .Ku renung matanya dalam  - dalam aku. Jauh di sudut  hati hati ku , aku berdoa agar Allah memberi kekuatan pada Ir  untuk menghadapi dugaan ini . Aku yakin dia seorang yang kuat  hatinya .

“ Camna  keadaan Syira ?” aku bertanya pada Ir memecah sunyi suasana .

“ Dia masih lagi tak sedarkan diri . Keadaan dia agak teruk .Doktor Aina sedang  memeriksa dia . “ aku  jadi tersenyum .Aku amat mengenali doktor itu .Dia adalah  tunang Ir .

“Wah, nampaknya  dia   periksa  bakal adik ipar  dia  rupanya .” Aku  mengusik Ir untuk menimbulkan  keceriaan . Tapi dia hanya tersenyum lesu . Mungkin hatinya sendu dan pilu . Luka  hatinya masih tak terubat. Benar kata pepatah , luka di tangan boleh nampak 
Tapi luka di hati sukar nak nampak .

“Anta, sudahlah tu .Syira tak apa – apa . Insyallah  . Anta tak  payahlah  terlalu bimbangkan dia  sangat ..Sekali lagi dia tersenyum . Ir sememang handsome . Dengan  wajah putih bersih  , memang menenang kan mata  sesiapa yang memandang . Tak  kalah  dengan pelakon terkenal   Asyraf muslim , cuba kalau wajah   kacaknya  terlibat dalam dakwah islam .Pasti lain  cerita selebriti di Malaysia .



Kami sama – sama terdiam . Keadaan  sunyi dan sepi . Dalam hati ku , memuji – muji tuhan . Mengingatkkan bahawa  aku  hamba tiada daya , kerdil dan tiada bernilai
di sisi tuhan . Aku memperbanyakkan   istigfar dan selawat  pada nabi jungjungan . Di samping mendoakan keselamatan Syira .

Tiba – tiba datang seorang  doktor  yang ku anggar umurnya lebih kurang 30 –an . dia memperkenalkan dirinya. Doktor Halimaton . Katanya Doktor Aina  ada kecemasan   mengejut  dan meminta agar  dia   memberitahu pada  kami bagaimana  keaddan Syira .

“Encik Fikri Arsyad yang mana satu ye?”
 Aku  dengan lemah mengankat tangan dan berkata ‘saya’

“Tahniah , encik akan menjadi ayah ,  anak dalam kandungan  isteri encik selamat selamat ,jangan risau . Isteri dan anak encik tak  mengalami kecederaaan 
Serius.”  Aku  terpana , apa?  Aku suami Syira ? aku berpaling pada  Ir aku lihat  rupanya amat kelihatan dia terkejut . Muka nya merah , matanya memandang aku dengan bulat . Matanya berkaca .- kaca  .Aku terkejut , tapi masih  boleh mengawal  perasaan . Aku bertanya
“Erk ...benarkah Syira  mengandung ?”
“Ha`ah , hasil pemeriksaan kami menunjukkan bahawa Puan Syira mengandung empat  bulan ”

 Ir hanya diam kekeluan . Cepat – cepat aku berkata  ‘terima kasih ‘ dan doktor itu pun berlalu . Aku ingin menyatakakan  bahawa  aku bukan suaminya Syira , tapi aku   menahan , aku ingin menjaga  maruah Syira . Aku menatap mata  Ir  dalam -  sedalamnya  aku melihat  mata dia berkaca , dan dada nya berombak  menahan sebak, akhirnya    air hangat  yang jernih  jatuh dari kolam matanya jatuh jua. Aku tahu , dari tadi dia tahan air mata dia dari mengalir  .Aku memeluk dia .

“Akh , sabar … Allah amat menyangi hambanya yang sabar . Perbanyakkan zikrullah  dan selawat  .  Ana yakin Syira pasti ada penjelasan  atas semua ini  .”

“Ana jadi bingung ,  anak siapa  Syira kandung . Ana dah tak tahu nak buat apa lagi . Ana dah cuba didik dia dengan sebaik – baik nya . Ana rasa dah lemah . Dan tak terdaya apa –apa  lagi . Ana tak boleh nak faham . Astagfirullah , macam mana Syira boleh menjadi seorang penzina . Perbuatan yang amat Allah kutuk . Sudah lupakah dia akan betapa besarnya dosa perbuatan itu .Sudah lupakah dia , Islam sangat mengecam Zina .”



“Anta …  la tahzan  (jangan bersedih )   kita selesaikan semua ni , nanti  bila dia sedar , kita  tanya  dia baik – baik . Akh… I know  you are strong  enough for  face all of this okey?

*****
Assalamualaikum . Ir memberi salam  dan  terus masuk . Di ikuti aku di belakang nya.

“Oh …. Abang masih lagi pedulikkan Syira rupanya? Ingatkan abang dah lupa yang Syira  ni  adik abang . Yelah Syira ni kan bukan sesiapa bagi  abang .” dengan nada sinis , bagai nak meletup gendang  telinga aku mendengarnya.  Aku agak elegik dengan  kata- kata mengutuk dan  sindir- sindiran yang   untuk menyakitkan hati orang lain .

Aku  ingin menegurnya , tapi Ir meletakkan tangan  telunjuknya di bibir , isyarat jangan  bersuara . Aku lihat Ir tenang saja . Aku jadi kagum dengan Ir dia begitu tenang , moga hatinya , tak tergugah . Moga hati mu kini ,  dingin dan sejuk dalam menghadapi setiap  dugaan hidup ni . Sedingin dan sesejuk  air telaga Al- khausar  ,  moga Allah memberi ketenangan  dalam hati Ir untuk menghadapi semua ni .

 Ir tak cakap apa – apa dari tadi .Hanya wajah Syira  di pandang  dalam . Sedalam – dalam nya .

 “Syira… daripada  Anas bin malik r.a  berkata , aku mendengar  Rasulullah s.a.w  bersabda ,  Allah  s.w.t  berfirman “wahai  anak adam , sepanjang kamu memohon kepada – ku dan berharap kepada – ku aku akan ampuni   akan apa yang telah kamu lakukkan , aku tak peduli . Wahai anak adam  , jika dosa   mu setinggi awan di  langit  kemudian  kamu  memohon   keampunan  kepada – ku  akan keampunan . Wahai anak adam ,  ssesungguhnya jika   kamu   datang kepada ku  membawa  kesalahan  sebesar   dunia kemudian  kamu datang kepada ku tanpa menyukutukan aku  dengan sesuatu pun , pasti aku  datang kepada mu dengan  keampunan  sebesar itu pula .  Syira… Allah itu sangat pengampun mohonlah pada keampunan dan  bertaubat nasuhalah .. abang sayang kan Syira . Abang dah tak larat nak buat apa – apa lagi .  ”    kata Ir dengan lemah  dan sangat lembut . Moga ia mampu meresap ke  dalam hati Syira … amin . Moga  apa yang di cakap kan oleh Ir tadi,  menusuk sukma dan kembalikan Syira  pada kepada mahabbahtullah.


Masa telah berlalu dengan laju. Aku sibuk dengan aktiviti harian . Dengan tugas harian kat  Mahaad , penuhi undangan Show nasyid , tambah pula kami dalam Proses nak mengeluarkan  Album baru yang bertajuk ‘Kasih- Mu Mengharum ’ tapi, undangan memberi ceramah di masjid  perkara yang aku  sehabis daya untuk aku memenuhinya .Di           Kolej  Islam Pahang Sultan Ahmad Shah . Alhamdulillah …  kami  menyanyi   5 buah  lagu  dan yang turut hadir ialah  kumpulan kami ,Unic , Deevotes ,Inteam . kami buat persembahan  semperna  Graduasi  pelajar mereka. Alhamdulillah ,Persembahan  berjalan dengan lancar .

“Mabruk… pada semua .  Kita dah cuba buat yang terbaik . Alhamdulillah .  ” Ujar Syazril .

“Ha’ah. Ana  puas hati semua sangat – sangat , tapi kita kena sentiasa improve diri kita. Becouse just that will  make us  stay be the best.right guys?kata Rizal

“Yeah , of couse.” Jawab kami hampir  bersamaan  kemudian  kami sama – sama ketawa .indah nya  persahabatan  yang tulus kerana ilahi .

 Tengah kami berehat  selepas membuat persembahan .  Sambil minum air dan berbincang kelemahan persembahan tadi .  Yelah kami manusia biasa  , tak terlepas dari  kesalahan . Tapi apa yang kami amat puas hati , ialah kami dah beruasaha  buat yang terbaik .  Ada pepatah arab menyatakan ‘man jadda wajad’ siapa yang berusaha dia mendapatkan .

Tiba- tiba datang Siti Khadijah. Iaitu isteri pada  Iswan yang di kenali sebagai seorang yang   agak pendiam orangya .Lebih baik  mendiam kan diri , daripada bercakap yang tak berfaedah  atau yang datang kan keburukan . Katanya berasaskan sabda  junjungan iaitu   Barang siapa beriman kepada Allah dan pada hari akhirat hendaklah dia  berkata baik atau diam  , barang siapa beriman  kepada Allah dan akhirat maka hendaklah dia  menghormati  tetangganya , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghormati tamunya.

Jadi, tindakan Iswan  amat baik dan mengikut saranan   rasul .

Siti Khadijah  membisikkan sesuatu yang pada Iswan dan Iswan membalasnya, dan dia mendatang padaku  , membisikkan sesuatu yang membuat aku jadi   perut ku bergelora dan  hati ku tak  enak . Apa pulak dia nak ,? Macam mana dia tahu aku ada  show malam ni ? aku tambah pelik lagi sejak  bila dia  peduli  dengan nasyid?  Banyak betul  persoalan yang bermain di  benak fikiran aku.

Sedar tak sedar , aku dah sampai dekat tempat  letak kereta .  Mata ku tercari – cari    satu kelibat , mana dia? Tadi dia nak  juga jumpa aku . Aku pelik dan  hairan . Tiba – tiba  mata aku menangkap satu  kelibat yang bertudung ,  aku rasa aku cukup  kenal dia . Aku terkejut , Syira di depan aku , bukan Syira yang dulu berpakaian  seperti tak cukup kain , bercelana ketat , tak kisah  lansung walau auratnya di lihat oleh lelaki  yang tak halal melihat nya.  Amat berbeza dengan Syira yang aku kenal dulu . Pakaianya kini  longgar dan Auratnya  tertutup rapat. Aku….  aku terpaku , terpana , dah   beberapa bulan aku tak jumpa dia  , dia keguguran seminggu  lepas kemalangan . Aku ingat , kata Ir dia amat sedih dengan  keguguran itu . Seminggu lepas itu dia ke Mesir  untuk tenang hatinya. Syukur hati ini melihat dia berubah .  Aku menjadi takut untuk bertemu denganya , kami bukan muhrim kalau aku pergi ke sana bermakna kami berdua sahaja. Dan kalau kami berdua , bermakna akan ada pihak yang ketiga , iaitu Syaitan . Hati ku Takut ,Ingat amaran tuhan , La tadrabu zina (jangan hampiti zina).  Aku ingin terus menjaga Ikhtilat ku , dengan setiap perempuan  bergelar ‘perempuan ajnabi ’.Aku tak rela.  Baru sahaja aku nak  hantar mesej kat Syira untuk memohon maaf kerana aku tak dapat bertemu denganya . Tiba- tiba ada yang menepuk belakang ku lembut . Astagfirullah … terkejut aku di buatnya . Aku cepat – cepat berpaling ke belakang dan melihat Ir  di belakang aku. Dan tersenyum tersimpul terhadap ku .

“Anta ni buat ana  sesak nafas je .”aku  mengurut  dada ku. Kata – kata aku membuatkan Ir ketawa kecil .
.
 Syira memberi salam kepada aku dan tersenyum penuh  bermakna terhadap ku . Dia menghulurkan pada ku  satu bekas kuih , oleh kerana bekasnya putih jernih  seperti kaca   terlihat  kuih tat telur kesukaan ku .

“Khas untuk awak , puas  saya cuba buat untuk awak. Saya tak tahu sedap  atau tak , awak rasa ya .  ”  lembut Syira menutur  kata . Aku hanya menunduk dan berkata thanks atas pemberianya . Kemudian  dia meminta diri , katanya ada kerja .

Aku memandang sorot  mata Ir, dan terpancul di  mulut ku

“Sejak bila Syira berhijrah ?”

“Napew ? anta tak suka?”

“Anta .. ana  bukan setakat suka malah bersyukur sangat tengok dia macam tu . Rasa bahagia, terharu, terpana, dan yang sewaktu  denganya.” Kata ku berseloroh .

“Ana terkejut juga…sebulan lepas dia kebercuti di Mesir , ana jenguk dia . Ana terkejut  terkejut tengok dia ,  dia berubah dari hujung rambut ke hujung kaki .Ana bertanyakan Syira  , apa yang berlaku ?dia  terdiam .Akhirnya dia membuka cerita , suatu hari dia termimpi , ada seorang budak yang putih bersih wajahnya , sangat cantik , budak itu menangis
sambil menyatakkan  sesuatu , bila diamati dia memuji – muji Allah .Menganggungkan tuhan yang telah menciptakan alam ini .
Allah maha besar ,

                                                                                     Allah maha penyayang
Allah maha pengasih
                                                                                                  Allah maha menyintai

Allah  ku rindu cahaya mu ,
Allah ku  damba keampuan mu ,

Allah,Allah , Allah

Cinta- mu Allah ,
Sayang mu Allah ,
Kasih mu Allah ,

Ku Ingin cinta Allah ,
Ku ingin  Sayang mu Allah                       Allah , Allah , Allah

Allah  itu Rahman ,
                                                                                        Allah itu Rahim,

Allah itu Qayyum .


Sambil  menangis

Budak itu menyambung  alunanya .

Aku ingin Syuga mu  Allah ,
Aku rindu Syurga mu Allah ,
Aku mohon Syuga mu Allah .

Dan apabila budak itu terlihat Syira  dan memanggil Syira dengan pangilan Ibu .

Aku rindu ibu !
Aku rindu ibu !
Aku rindu ibu !

Kata budak itu sambil  meluru kearah Syira . Syira takut lalu larikan diri .

Lari ,
Lari ,
Lari  dan terus berlari .

Sampailah Syira terjatuh dalam   gaung api yang menyala ,. Syira memohon pertolongan , tapi tiada sesiapa yang boleh menolongnya . Syira terbakar dan kesakitan .

Akhirnya Syira terjaga  . Syira menagis semahu – mahunya .Syira sedar ,  dia telah jauh  tersimpang  jalan tuhan . Sejak hari itu , dia berazam untuk bertaubat dan berhijrah .Di Mesir Syila yang membantunya ,  mendidik Syira  dan  membetulkan Syira .

“Syila? Kakak kembar Syira?” sudah lama aku tak dengar  berita tentang dia . Apa yang aku tahu , dia sedang  belajar di Mesir .

“Ya, Anta tak lupa kan?”

“Ya , ana tak lupa .  Dah bertahun lamanya ana tak jumpa dia . Sejak dia ke  Ma`ahad Al – Azhar ,  Ana tak  dengar lansung berita tentang dia .”

“Sekarang ni, dia tengah belajar  di sana .  Ijazah  dalam Qiraat dan  Tafsirul Quran . Oh  ya , ana nak tanyakan anta sesuatu ni . Ni bukan perkara untuk main – main , tapi ini permasalahan yang  serius”. Ujarnya  sambil memandang  ku dengan pandangan yang sukar untuk di  tafsir.

Ku lihat matanya berbinar – binar , wajahnya betul – betul serius  dia memandang aku mata  ku dalam – dalam  , seperti ada perkara  memang serius .  Jantung  ku berdenyut laju ,  Darah ku mengalir cepat ,  Nadi ku berirama  kencang  .

“Anta… ana  sebagai seorang abang ,  pasti mahukan yang terbaik  adiknya. Hati ana tak bimbang soal Syila , Kerana dia telah dapat didikan agama yang terbaik dari ibu
Susuanya . Dia mendapat pendidikkan di Al-Azhar , dan  Alhamdulillah , dia tumbuh sebagai seorang  gadis  menjaga maruah , imanya terpupuk dengan  teguh, takwanya berbunga mekar    , akhlaknya terukir indah , seperti sekutum bunga mawar  yang mekar tapi di sebalik  bunga itu    ada duri sebagai  pelindung diri . Dia   ibarat itu  Mawar Yang Berduri . Tapi , hati ana tak tenang  memikirkan keadaan Syira. Memang  , Ana akui dia sudah berubah , tapi hati abang yang turut merangkap satu – satu  walinya , takkan tenang sehingga dia mendapatkkan seorang  imam  yang boleh  membawa dia kejalan lautan cinta ilahi , seorang imam yang  boleh menjadikan dia  wanita Syuga , mengerti akan nilai maharnya, seorang zaujun yang  boleh Syira sandarkan  tangis dan tawanya , Seorang  Zaujun yang boleh  boleh mengharagai  , menyayanginya , memberikkan dia kasih sayang lebih  dari ana sayangkan Syira ”

Hati aku makin berdenyut kencang
“ Apa sudah ada yang memiliki hatinya ?”

“ Itu ana tak tahu  dan ana tak nak ambil tahu , kalau  orang memeliki hatinya seorang   hanya membawanya kearah yang melalaikkan , ana takkan meredhainya . Ana mahukan seorang lelaki yang baik, akan boleh memikul amanah , itu yang ana cari .Dan , ana sudah memikirkkan suatu nama . Ana redha dan pasrah dengan keputusan dia . Ana tahu , pasti dia inginkan  seseorang  lebih baik dari Syira . Anta pun tahu kan sejarah dia.”akhirnya dia berhenti berbicara .

“Anta , siapa yang anta  fikirkan ?moga dia boleh menjadikkan Syira seorang yang mulia di sisi Allah”

“Seorang  yang ana yakin bahawa dia boleh membahagiakan Syira,  boleh menjadikkan Syira seorang muslimah sejati ,. Membawa Syira kearah kerlipan cinta ilahi dan yang boleh Menujukkan Syira ke jalan Syuga   iaitu MOHAMMAD FIKRI  ARSYAD BIN UTHMAN  JAAFAR .

Aku tersentak , kedua mataku sedikit menciut, kulit putih antara mataku mengerut , alisku seperti mahu bertemu  .Aku boleh rasakan .

“Anta yakin? Ana orangnya?  Tapi kenapa ana?” ujarku.

“Ana yakin . Hakkul yakin , Ainun yakin . Hati pun yakin dan mata pun yakin . Anta, ana memilih  anta , kerana ana yakin anta boleh jadi zaujun yang baik untuk Syira . Anta boleh betukan Syira bila dia buat kesilapan atau lalai., Anta boleh mentarbiah  Syira sebaik- baiknya . Ana yakin anta boleh layarkan dia ke  muara cinta Allah . Menuntun dia menjadi  seorang yang solehah . Memberi dia  pengertian bahawa  wujudnya hawa dari tulang rusuk adam , bukan dari kaki untuk dialasi , bukan dari kepala untuk di jinjungi , tapi dekat dibahu untuk di lindungi ,  dekat jua di hati untuk di kasihi,.Untuk menjadikkan dia perhiasaan yang paling indah di dunia ini iaitu wanita solehah .Ana pasrah keputusan anta. Ana tak memaksa anta. Seorang lelaki yang baik berhak mendapatkan  perempuan yang baik .Tapi ana tetap mangharap anta boleh menunaikan permintaan ana ni .”

Aku tak boleh  buat  keputusanya sekarang  . Aku harus istikharah dulu . Perkahwinan bukan untuk sementara , Setiap orang mahu  mahligai yang dibina  mendapat  redha dan restu Allah . Setiap orang  mahukan mahligai yang di bina bukan hanya kekal sampai ke akhir hayat , tapi Sampai ke gerbang pintu Syuga ilahi . Setiap orang mahu kasihnya mengharum mewangi  bukan  hanya di dunia . Tapi mengharum , mewangi hingga ke negeri abadi.

“Ana harus istikharah dan memikirkanya dulu.”jawab ku mantap .

Ir tersenyum , dan berkata “Ana memahaminya , apa pun jawapan anta , ana akan menerimanya dengan hati  yang terbuka.”

Hari ini dah 3 hari   dan aku masih belum boleh memberi apa- apa jawapan pada Ir . Bukan tak mahu , tapi aku belum mendapatkan apa – apa hasil dari Istikharahku .Memang , Ir tak bertanyakan apa keputusan , tidak memaksa, atau pun mendesak .Tapi aku tak mahu dia tertunggu – tunggu keputusan aku . Aku  tahu  siapa diriku untuk  memiliki  seorang wanita yang sempurna . Aku belum  boleh meyakinkan diri untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang suami . Aku  dah sumpah kan dalam dalam diri ini  tak ‘ menarik tangan ’mana- mana gadis , melainkan  gadis itu yang ‘menarik tangan’ ku . Bukan aku angkuh atau merasakan diri ini sempurna , tapi aku  sedar siapa diri aku .
Siapa aku?aku hanya hamba  tuhan yang  mengharap  kan keredhan akan penciptanya .Tanpa sinar cahaya dari tuhan aku hanya hamba yang terus hanyut dalam  gelombang dunia yang ganas . Tanpa Sinar iman dari Allah , aku adalah hambanya akan terus terpesona keindahan  dunia yang sungguh tiada makna .

Aku adalah lumpur hitam
Yang mendebu
Menempel di sandal dan sepatu
Hinggap di atas aspal
Terguyur hujan
Terpelanting
Masuk longkang siapakah yang sudi menghulurkan tangan ?
Tanpa uluran tangan tuhan
Aku adalah Lumpur hitam yang malang

Jam 3.00pagi , sedang mata ku  tak mengantuk . dari tadi aku baru sahaja sudah menunaikkan solat tahajjud . Ya Allah  berikanlah aku petunjuk mu …. Tuntunlah aku untuk membuat keputusan yang engkau redha. Sesungguh tiadalah aku mengharapkan benda lain melainkan keredhaan pemilik nyawa ini . Tuhan …. Andai telah kau catatkan
Syira adalah adalah pemilik tulang rusuk ku . Maka tolong yakinkan  hati aku. Tolong  buka hati aku , untuk menjadikan dia halal buat aku . Tunjukilah  aku jalan yang lurus . Berilah aku keputusan yang terbaik untuk diri ku . zikir  terus membasahi bibir ku . Hinggalah … mata  ku terpejam dan terlena .

*****
 Setelah aku menamatkan  sesi pengajaran ,  bergegas aku ke tempat Ir . Aku memberi salam padanya . Dia tersenyum terhadap aku.Sungguh Ir seorang yang mudah untuk tersenyum . Aku  membalas dengan senang hati .

“Assalamulaikaum, Ir . Ana ada sesuatu nak bincang dengan anta.Jom kita kita pergi jalan – jalan . Hm…. Anta dah makan belum? Kalau anta belum makan… ana belanja .”

“Waalaikumusallam. Ana dah makan . Kenyang sangat – sangat . Alhamdulillah . But Thanks .Anta nak pergi jalan  ke mana?  ”

“Adalah tempatnya . Ana tahu  tempat yang memang boleh menang kan hati . ”

Akhirnya menggunakkan  kereta ku,  kami sampai ke sebuah  masjid . Masjid yang agak usang tapi masih terpelihara kebersihanya  . Ir teruja melihat tempat ini . Ku lihat wajah Ir , matanya membulat . Wajah  menunjukkan  gembira tengok tempat ini . Mengimbau balik kenangan kami. Masjid  Ar – Risalah ini adalah masjid  yang amat rapat dengan kami . Di sinilah datuk  menjadi imam.Dan di sini jugalah Atuk mengajar kami Kitabullah . Tiap –tiap petang aku , Ir , Amjad , Syila  dan Syira ke sini untuk  mengaji . Setiap petang kami akan ke sini dan bersama –sama  anak – anak  lain  belajar .Berdekatan dengan masjid ada  sebatang pokok yang agak besar saiznya. Di situlah kami sering memanjat dan berlari berkejaran . Dah lama betul kami tak ke sini . Kini  apa yang ada , hanyalah kenangan .

Kami ketawa bila teringat nakalnya aku sewaktu kecil .Hingga pernah tangan ku patah kerana  jatuh ketika  bermain .  Sungguh masa  berlalu amat pantas , benarlah  kata pujanga Arab , masa itu ibarat pedang . Kalau kita tak memintasnya ia akan mencantas kita . Segala pujian  buat  engkau  ya Allah yang  masih  memberi aku peluang   untuk terus menghirup udara dibumi ciptaan tuhan . Terima kasih tuhan kerana  aku masih lagi   hidup dan terus beribadat kepada  yang esa . Sungguh agung kuasa mu tuhan . Sungguh engkau sentiasa  menakdirkan yang terbaik buat hamba mu.

“Ir , ana  nak beritahu  anta , ana dah ada jawapan atas  pada  permintaan anta . ”

Ku pandang  matanya lalu  renung  buat sesaat . Hati ku berdebar mampukah Ir menerima
keputusan aku . Apa reaksinya nanti . Ku harap di terima dengan hati yang terbuka keputusan ini. Sungguh aku memilih jawapan ini tiada  melainkan kerana lillahi taala.
Aku membuat keputusan ini setelah aku sandarkan segala – galanya kepada tuhan .  Tidak aku membuat keputusan ini  atas dasar keduniaan .

“Anta… dalam hidup ana  ini ,tiadalah   mengalir setiap darah melainkan  hanya kerana kudrat ilahi . Setiap denyut nafas ini tiadalah mampu berdenyut melainkan  atas nama Ilahi . Sungguh ana tanpa  huluran nikmat iman dan takwa dari tuhan ibarat buih di tenggah lautan   tidak tahu harus kemana . Tiada arah tujuan  , Dan akhirnya hanyut  dalam  ombak dunia  yang keindahanya hanya sementara. . Indahnya hanya  di  mata .  Tapi pada hakkikat hanyalah penuh dengan  tipu daya . Ana tidak tahu apa yang harus di jawab dengan permintaan anta tapi selepas memikir  dengan mendalam dan dengan petunjuk dari tuhan , dengan lafaz bismillah ana  bersedia  untuk menerima adik anta  sebagai   seorang  yang halal bagi ana…. ”belum sempat aku habiskan  ayatku …

Dengan wajah  bercahaya, menunjukkan bahawa Ir begitu bahagia dengan keputusan aku.
Ku lihat mata dia berkaca- kaca memandang aku .  Mungkin dia begitu senang dan berbahagia  dengan  keputusan aku.

“ Alhamdulillah , ana amat gembira dengan keputusan anta. Ana tak sangka anta  akan permintaan ana ni . Ana rasa amat  bersyukur . Tuhan….  Terima kasih atas segalanya . Sungguh nikmatmu sentiasa mencurah atas hidup hambamu ini.   Sungguh  ku amat bersyukur dengan apa  kurnian  mu yang  tidak terhingga ini . ”

Ir memeluk aku dengan erat .

Monday 9 May 2011

ƸӜƷ ♥ DOA SEORANG ADAM♥ƸӜƷ ♥

Ya ALLAH… Aku berdoa untuk seorang perempuan, yang akan menjadi bahagian dari hidupku.
...Seorang yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu...
Seorang perempuan yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau...
Seorang perempuan yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Wajah cantik dan daya tarikan luarannya tidaklah penting....
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai ENGKAU...
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang perempuan yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang perempuan yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang yang mencintaiku bukan karena fizikalku tetapi kerana hatiku.
Seorang perempuan yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi...
Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-MU. Seorang perempuan yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang perempuan yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta : Buatlah aku menjadi seorang laki-laki yang dapat membuat perempuan itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berilah aku “tangan-MU” sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku “mata-MU” sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku “mulut-MU” yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari. Berikanlah aku “bibir-MU” dan aku akan tersenyum padanya setiap pagi.
Dan apabila akhirnya kami bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan “betapa besarnya ALLAH itu, kerana ENGKAU telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.
Aku mengetahui bahwa ENGKAU menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan ENGKAU akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.
Aamiin ya Robb

~~~Buatmu S.A.H.A.B.A.T~~~


-Cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, ada pintu sayang dan pintu rindu. Tapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati -- HAMKA

-Andai tiada penawar berbiasa jangan mencari cinta manusia. jika kehadirannya tanpa diduga bererti Allah ingin menduga dan bercintalah keranaNya. Yakinlah Allah mengerti segalanya.

-Berkawanlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan, berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang.

-Ada cinta tiada kejujuran ada kasih sayang tiada kesetiaan ada keikhlasan tiada keluhuran ada kebahagian tiada keserasian tapi kalau ada ASTRO macam-macam ada.. hehe

-Iman makes all things possible.. Yakin makes all things works.. Love makes all things beautiful.. May u and I have all of the 3.

-Love starts from eyes, grows with drimz and end with tears but Ukhwah starts with a smile, grows with an understanding and everlasting in Jannah.. Ameen

-Mengenalimu 1 kesyukuran, bergurau denganmu 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan.. 1 permintaanku semoga persahabatan kita berpanjangan

-Sahabat - itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan, dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan. dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah.

-Utk mengecapi manisnya syurga Allah, kau harus melalui jalan yang terhampar onak duri, janganlah gentar, pijaklah duri2 itu biarkahlah kakimu terluka kerana Al-Firdausi itu menjanjikan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi.

hadis...

mari kita renungkan dan muhasabah diri dengan peringatan yang Rasulullah s.a.w tinggalkan untuk kita... Rasulullah saw. bersabda, "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim